Posts

Showing posts from September, 2018

Harga Tiket untuk 30 Taman Tema Air Seluruh Malaysia. Bermula Serendah RM 3!

Image
Bila tiba musim cuti, tentu banyak aktiviti yang dirancang untuk bersama dengan keluarga kan. Pada masa ini lah anak-anak nak berseronok,tak kurang juga dengan ibu bapa yang nak hilangkan tekanan, jauh dari bebanan kerja yang ditanggung. Salah satu tempat yang pastinya menghiburkan adalah taman tema air. Debaran dan keseronokan menaiki roller coaster air pastinya tidak akan dilupakan. Riuh rendah tawa anak-anak dan keluarga pastinya memberikan ketenangan fikiran kepada semua.  Apa kata pada waktu cuti akan datang, anda rancang untuk berkunjung ke salah satu taman tema air di bawah. Ada yang serendah RM 3 sahaja tau untuk kanak-kanak. Wow! Murah kan. Bukanlah semua taman tema air ni harganya tinggi, cuma di beberapa tempat sahaja. Kalau lihat senarai di bawah, anda boleh pilih ikut bajet anda.   Senarai taman tema air dan harga tiket serta lokasinya anda boleh rujuk di sini. Pastikan juga anda mencari info tambahan berkenaan dengan taman tema air yang ingin dikunjungi bagi mel

ABPBH 31. Cara Undi Adik Fatimah dengan Menggunakan Smartphone. Jom Ikut Langkah Berikut

Image
Gambar: Instagram thefamily.uk Pernah tak tengok video adik Fatimah yang petah ni? Comel sangat kan. Petah dan cantik, si cilik Fatimah tercalon sebagai Personaliti Media Sosial Popular untuk ABPBH ke-31 yang akan berlangsung pada 7 Oktober 2018. Kepetahan adik Fatimah yang lahir di Birmingham, UK ni boleh ditonton di laman instagram thefamily.uk  Selain Fatimah, abangnya Omar dan adiknya Ali turut mencuri tumpuan dengan pelbagai teletah menarik. Gambar: Instagram thefamily.uk Untuk mengundi Adik Fatimah, anda boleh ikut langkah-langkah berikut: 1. Buka laman  https://www.abpbh.com.my 2. Click pada bahagian undian 3. Pilih kategori Personaliti Media Sosial Popular 4. Click undi 5. Undian berjaya! Kami di Pulut Pandan mendoakan kejayaan Fatimah dan terus memberikan video-video yang menarik pada masa akan datang untuk menjadi inspirasi kepada kanak-kanak dan ibubapa.

Benarkah Kaum Lelaki Lebih Suka Buat Kerja Rumah Berbanding Pergi Kerja?

Image
Kerja-kerja mengemas rumah seperti vacum lantai, cuci tandas dan sebagainya adalah kerja yang rumit dan sering dikaitkan dengan wanita. Tetapi apa yang mengejutkan adalah lelaki sebenarnya lebih ramai yang suka buat kerja rumah berbanding menghabiskan masa di pejabat. Satu kajian yang telah dilakukan oleh University Oxford mendapati lelaki tidak suka akan pekerjaan mereka di pejabat. Perkara yang berlaku seperti tergesa-gesa ke pejabat dan waktu kerja yang panjang adalah tidak baik untuk kesihatan mereka. Kajian ini telah dilakukan kepada lebih dari 4000 orang di UK dan skala keseronokan hari bekerja dan hari hujung minggu dinilai. Keputusan tinjauan menunjukkan lelaki memberikan skala keseronokan yang tinggi semasa hujung minggu dan melakukan kerja rumah. Ia disebabkan lelaki dilihat lebih suka untuk DIY kerja-kerja rumah dan wanita pula lebih melakukan kerja rumah yang akhirnya mendatangkan tekanan. Bukan itu sahaja, kerja berbentuk 'sukarela' di rumah yang dilakuk

Istighfar. Ini 3 Kelebihan yang Diberi

Image
Setiap daripada kita mesti ada hajat. Nak itu, nak ini.Namun, apa sahaja hajat manusia di dunia ini, ada halangan disebabkan dosa yang pernah dilakukan. Allah akan mengampunkan dosa orang-orang yang beristighfar dan memberikan ganjaran-ganjaran lain. Antara kelebihan dan ganjaran istighfar adalah: 1. Allah akan menenangkan hatinya daripada perasaan resah dan gelisah. 2. Allah beri jalan penyelesaian untuk apa sahaja masalah dan kekusutan yang ada dalam hidupnya. 3. Allah beri rezeki yang tidak disangka-sangka. Sempena hari Jumaat hari ini, jom sama-sama banyakkan istighfar. Bukan hari Jumaat saja, hari-hari lain pun istighfar juga. Jom dengar pencerahan dari Ustaz Jafri Abu-Bakar berkenaan istighfar. Kredit: Youtube Ar- Rahman TV

5 Vitamin dalam Pisang yang Ramai Tak Tahu

Image
Bercerita tentang vitamin, mesti ramai yang teringatkan vitamin berbentuk pil kan? Tapi tahukah anda yang vitamin juga ada di dalam buah-buahan seperti pisang. Bukan satu, malah ada banyak vitamin dalam pisang. Mari saya senaraikan vitamin yang ada di dalam pisang dan fungsinya 1. Vitamin C - untuk kulit 2. Vitamin A- Kulit, gigi, tulang 3. Vitamin K - Membantu proses pembekuan darah 4. Vitamin E - Antioksida 5. Vitamin B9 - Menyokong sistem adrenalin dan metabolisme Kredit: ilmupengetahuanumum dan suria.my

7 Bunga Paling Cantik di Dunia

Image
Mesti ramai dikalangan anda peminat bunga. Di sini adalah 7 bunga yang disenaraikan antara bunga yang tercantik di dunia. Jom tengok. 1. Ros / Mawar Sumber: pexels Nama scientific: Rosa sp. 2. Orkid Sumber: stylecraze Scientific name: Dendrodium sp 3. Tulip Sumber: pixabay Scientific name: Tulipa sp 4. Teratai Sumber: lotusmeaning Scientific name: Nelumbo nucifera 5. Daisy Africa / Treasure Flower Sumber: Gardenia Scientific name: Gazania sp. 6. Bleeding heart Sumber: pexels Scientific name: Lamprocapnos spectabilis 7. Dahlia Sumber: pexels Scientific name: Dahlia pinnata

Sakit Lutut? Anda Mungkin Menghidap Artritis

Image
Selalu sakit lutut? Anda mungkin menghidap arthritis. Kita mungkin biasa mendengar penyakit arthritis tetapi adakah kita faham apa itu arthritis? arth- Sendi itis- Radang Arthritis merupakan suatu penyakit yang menyebabkan sendi menjadi bengkak merah atau kejang. Sumber: NIAMS  Antara penyebab artritis adalah usia yang meningkat, berat badan berlebihan, pernah cedera pada sendi dan melakukan aktiviti lasak. Contohnya mereka yang suka bermain ragbi. mereka akan lebih berisiko untuk mendapat arthritis. Sumber: thestar Begitu juga dengan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Mereka yang obes lebih mudah mendapat rtritis. Oleh itu jagalah pemakanan anda supaya anda tidak berisiko menghidap artritis.  Biasanya doctor akan memberikan ubat tahan sakit dan ubat anti radang kepada pesakit.